Plot – Binaan Plot (Cerpen Tingkatan 4)

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul : Plot – Binaan Plot (Cerpen Tingkatan 4)

Plot – Binaan Plot

Peristiwa-peristiwa dalam plot cerpen ini disusun secara tidak kronologi.

Permulaan atau eksposisi cerpen ini dimulai apabila Mas/penulis menyertai sekumpulan pelancong sebanyak 30 orang dari Malaysia melancong ke Istanbul, Turki.

Pada tahap perkembangan, penulis menceritakan kumpulan pelancong ini berkunjung ke pusat beli-belah yang dikenali Grand Bazaar. Encik Yuksel, pemandu pelancong bagi rombongan tersebut, memberikan panduan dan nasihat agar lebih berhati-hati ketika berbelanja di Grand Bazaar kerana tidak mahu mereka terjerat oleh tipu muslihat peniaga di situ. Mas dan kumpulannya berjalan-jalan hingga tiba di sebuah kedai menjual jaket kulit. Pekedai itu mempelawa mereka masuk dan melayan mereka dengan ramahnya.

Tahap perumitan/konflik bermula apabila Mas/penulis dimarahi oleh seorang pekedai lelaki yang tidak berpuas hati kerana tidak membeli jaket kulit yang telah dicubanya. Pekedai tersebut menuduh Mas sebagai perempuan Muslim yang tidak baik, selain mengeluarkan kata-kata kesat.

Klimaks cerpen ini adalah apabila Mas/penulis sedar bahawa dia tidak memerlukan jaket kulit kijang itu. Oleh hal yang demikian, dia berhasrat untuk menjual jaket itu kepada sebuah kedai pakaian terpakai apabila pulang ke Malaysia nanti.

Peleraian cerpen ini bermula apabila penulis bercadang untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.

Leave a comment