Plot – Teknik Plot, Gaya Bahasa (Cerpen Tingkatan 4) 

Cerpen Jaket Kulit Kijang dari Istanbul : Plot – Teknik Plot, Gaya Bahasa (Cerpen Tingkatan 4) 

Plot – Teknik Plot

Teknik pemerian. Contohnya, penulis menerangkan keadaan di dalam sebuah kedai menjual jaket kulit yang dimasukinya di Grand Bazaar, Istanbul.

Teknik imbas kembali. Contohnya, Mas teringat kembali akan jenaka sufi yang telah dibacanya dalam 202 Jokes of Nasreddin Hodja yang dibelinya di Capadocia. Nasreddin Hodja lahir di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki semasa zaman pemerintahan Sultan Timur Leng.

Teknik imbas muka. Contohnya: Mas membayangkan wajah-wajah kegembiraan rakannya ketika menerima cenderamata yang dibelinya dari Turki tersebut.

.

Gaya Bahasa

Pengarang menggunakan beberapa perkataan bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa Inggeris.

Pengarang menggunakan ayat pendek, ayat sederhana panjang, dan ayat panjang.

Simile. Contohnya, umpama senjata untuk mempertahankan diri, seperti bintang filem jika memakai jaket kulit.

Penggunaan kata bahasa Inggeris. Contohnya, Made in Turkey.

Leave a comment